Saturday, 12 November 2016

SAMBUNGAN KISAH IMTIYAZ...




Ok guys! Sekarang aku nak bawa pulak untuk berkenalan dengan bunga-bunga IMTIYAZ nihhh... Semua pakat comel-comel belako. Tak pernah tak happening. Semua masuk air. Ada artis lagi dalam kalangan kami nihhh. Hang ada???? Haha... jom kita belek-belek dulu gambaq depa.










Bagi aku, depa nilah yang sering menghiburkan aku bila aku sedang stress. Tak pernah sekalipun aku terasa hati dengan diorang. Walaupun berbeza umur, kami tetap sehati dan sejiwa. Be crazy kalau bersama. Jom kenal sorang demi sorang...




                                             
MARYAM          : Haha... orang panggil dia YAM... keladi...dia minat sangat dalam bidang photographer ni... edit-edit video... kalau diberi pilihan antara   Oppo ngan DSLR... dia prefer kepada dslr.. Bagi dia setiap gambar yang diambil mempunyai makna yang tersendiri... Dia ni orang Ganu... yang paling aku ingat perkataan Ganu... 'koya' , 'bekeng'. Kalau aku sebut salah, mesti dia marah. Yelah, orang kuat Ganu kan. Semua gambar yang dia snap memang cantik. Setiap kali kalau gambar dia disnap, automatik tangannya akan jadi...(tengok gambar)... dok tahulah kenapa suka sangat buat camtu...perkataan yang dia suka sebut "Benci aku", "Eiii, bencinya". Haha... Anyway, dia memang terbaik. Suka makan macam aku.



SANIAH          : Ingat tak yang aku pernah kabo yang antara kawan-kawan aku ada artis. Hahaha. Inilah dia. MIRA FILZAH . Hello everyone, mira filzah is here. Muka dia agak mirip dengan artis tuu. Saniah ni jenis sempoi orangnya. Orang kedah kuttttt. Pulun Kedah pulun!!!. Haha... (tetiba masuk bola pulak)...Mula-mula masa aku kenal dia, aku ingatkan dia ni garang, rupanya masuk air jugakkkk. Kalau sapa duk sama dia, mesti tak tahan gelak punya. Dia ni jenis yang selamba je...Orang nak kata apa, pi lah... Suka sangat kalau sembang ngan dia..Suka buat lawak...Memang terbaik.. Hilang stress aku..Thanks Saniah... 



AMIRA          : Haaaaaa, dia ni orang Sabah bhaaaa. Tapi kalau time sembang, bunyinya macam bukan orang Sabah. Sebenarnya, dia dah biasa berkawan ngan orang semenanjung, tu yang bunyinya biasa je. Dia ni sangat minat ngan DSLR. Memang dari dulu lagi. Sangat suka pada kucing dan arnab. Tapi malangnya arnab kesayangannya mati. Nasib baik ada pengganti. Kucing yang kat Pustakaan Tuanku Bainun yang dinamakan GORILLA. Eh, macam salah je bunyinya. Haha, biar jelah. Tapi, mira ni sangat sensitif. Dia tak boleh kalau orang geletek dia. Kalau tak beribu batu dia lari. Haha.



SHARIFAH          : Aku panggil dia kak Sha... Apa yang aku tahu pasal dia ni adalah dia ni suka bergambar. Nasib baik comel. Orangnya kecik cili kering, tapi kalau berkata-kata... perghhhhhh...hebat.. mantap. Banyak idea dalam kepala. Aku suka cara dia befikir. Cara dia fikir lain dari yang lain. Tapi dia ni sangat manja orangnya. Kadang-kadang aku rasa macam dia lagi muda dari aku... Macam manapun, hakikatnya aku lagi muda ( nampak tak taknak kalah)... Hohoho.. Lagi satu, kalau dia dah start nyanyi, hrmmm tidak semudah yang disangka untuk dia berhenti. Dalam whatsapp je penuh ngan voice note dia. Nasib baiklah merdu. Haha.



UZMA          : Actually Uzma ni very funny orangnya. Aku belum pernah lagi jumpa orang yang macam dia. Memang sempoi habis. Kadang tu dia buat lawak tanpa dia sedar. Aku suka tengok dia gelak. Rasa terhibur. Best berkawan ngan dia. Kalau sesiapa yang dirinya rasa stress bolehlah dapatkan khidmat dia untuk mengembalikan keceriaan pada wajah anda semula. Lepas tu, Uzma ni kalau bab-bab sukan memang aktif. Agaknya terlebih minum glukos . Tu yang sentiasa bersemangat. Semangat waja gituuu. Tenang itu Uzma.



AINA          : Kalau semua nak tahu, aku ngan Aina ni dah start berkawan time tingkatan 6 dulu. Kami berdua ambik STAM sesama, sekolah yang sama, kelas yang sama. Jadi, kenapa perlu bayar lebih, trivago kan ada. Haha. (Selingan kejap). Aina ni anak tunggal. Tapi, yang bagusnya dia ni takdenya nak manja-manja, biasa aje. Dia ni kalau bab kebersihan memang  jaga bebetul. Lagi kalau nak makan kat kafe, dia pantang kalau ada orang tinggalkan pinggan atas meja padahal ada je besen yang disediakan. Kan kan. Lepas tu, satu je aku tak faham pasal dia, kenapa dia tak gemuk-gemuk sedangkan dia kuat makan macam aku. Haha. Takpelah, GEMUK IS AWESOME.



HANISAH          : Haaaaaa...pasal dia ni susah sikit aku nak describe. Sebab dia ni memang baik. Setakat ni belum ada benda yang pelik dia buat. Sopan je orangnya. Suka senyum. Thanks kak nisa. Even kita lain-lain kolej, tapi tetap sehati sejiwa. Hope kita still kawan sampai bila-bila.



SUZIANA          : I love this person very much. Dia sangat-sangat friendly. Baik hati pulak tu. Aku panggil dia kak ujieeeeeeeee... Huruf 'E' tu memang kena banyak sikit. Tapi yang peliknya, dia suka makan benda yang boleh buat dia sakit. Contohnya, sabun, berus gigi. mentol. Pelikkan. Hahaha. Takdelah main je. Dia ni makan ikut suka dia je. Yang seafood semua dia makan terutamanya udang. She loves it very much. Walhal dia tahu yang dia alergi. Jawapan dia simple je kalau nak makan semua tu, "Ujiee dah sediakan ubat kat tepi, lepas ni makan jelah, hehe". Apa boleh buatkan, terlampau teringin, kalah orang yang ngidam. Hahaha.


KHAIRUNNISA          : At first, aku selalu keliru antara Hanisah dan Khairunnisa sebab aku panggil mereka berdua ni kak nisa je. So, celaru sikit dekat situ. Lama-kelamaan, aku dah biasa. Dia ni kawan rapat kak ujieeee. Ke mana je mesti depa dua orang. Dahlah tinggi sama, muka pun agak mirip. Toleh kiri  atau kanan je, mesti mereka bersama. Biasalah, buddies takkan terpisah lah katakan. 



AIN          : Aku suka tengok kak Ain ni masa buat pembentangan kat depan kelas. Semangat sampai kadang tu aku geli hati tengok cara dia bentang. Ada unsur-unsur semangat patriotik gituu even masa tu bukannya hari kemerdekaan. Hahaha. Kak Ain ni jenis yang cakap laju, bagi akulah. Apapun, dia memang best. Aku suka baca caption dia kat facebook, sebab penuh ngan isi dan nasihat. Terima kasih kak Ain kerana sentiasa mengingatkan kami apa yang kami tak sedar. Satu yang lawak tentang dia ni, kalau dalam whatsapp mesti je tersalah group. Kadang tu terkejut jugaklah, tapi semua dah faham. 

 Asyik baca je kan, jom tengok video jap. Haha, actually ni video sekolah aku. Saja je nak tunjuk.



   


Ok! Jom sambung guys.






NAZIRAH          : Haaaaa, sapa tak kenal dia. GADIS JOLOBU. Nazirah ni berasal dari Negeri Sembilan. Orang selalu terkeliru nama kami berdua. Yelah dekat-dekat je kan. Nazihah... Nazirah. Dia ni wanita serba boleh. Kalau tak caya, suruh dia angkat span. Mesti boleh punya. Kadang-kadang tu suka bergurau gak. Dia ni seorang yang sangat berani. Jangan memain ngan dia sebab dia ni wanita besi. Haha. Best kawan ngan dia, sapa nak kawan ngan dia boleh roger-roger ehhh... 





SYAZIMAA           : Ni diaaaa syazimaaaaaaaaaaaaaaa. Asal pulau pinang. Aku selalu tersilap panggil dia, "kak syazimaa!!!", lepas tu dia akan pandang aku macam nak terkam. Hehe. Bukan apa, aku selalu ingat umur dia atas aku. Maaf ye syazimaa. Kalau nak tahu dia ni sangat rajin. Dalam kelas dia selalu siap awal assignment. Dialah yang aku jadikan contoh untuk berjaya. Kadang tu jeles jugaklah. Tapi jeles yang baik ehhhh. Actually dia ni sangat pemalu dan pendiam. Tapi kalau dengan aku, dah tak jadi pendiam dia, sebab aku suka bergurau dengan dia. Nasib baik dia layan. Haha.




NADHIRAH          : Dia ni mengingatkan aku pada kawan sekolah menengah dulu, muka memang sebijik. First masa daftar dulu, dialah orang yang paling awal aku berbual. Best, friendly... Nad ni aktif sangat... Kalau ada apa-apa event mesti dia join tak kira lah dalam atau luar UPSI. Dia ni orang Sabah. Dia pernah cakap ngan aku yang dia ni agak susah sikit nak cakap lelaju gaya semenanjung. Tapi, sekarang dia dah okay. Nad ni rajin menyuarakan pendapat dalam kelas. Biarkan salah asal mencuba. Betul tak nad????



HAJAR          : Haaaaaa.. ni hajar. Antara insan yang paling pendiam. Suka senyum. Dia sangat comel.... Umur kami sebaya, tapi beza beberapa bulan..hehe. Comelkan dia!!!!!




HASMAH          : Kak Hasmah ni sopan je. Kalau bercakap pun lembut. Tak pernah dengar dia marah. Baik pulak tu. Terima kasih kak Hasmah kerana belanja adik-adikmu makan aiskrim. Bukan selalu. Lepas ni boleh lanje lagi....Hehe.




ATIQAH          : Yeahhhhh. Sapa tak kenal sarawakian niiii. "Kamik" , "Kitak". Hahaha. Tu je perkataan sarawak yang aku kuasai sekarang. Next word, kena masuk kelas dia. Atiqah ni jenis orang yang suka travel. Pernah sekali tu, dengar cite dia ngan kawan-kawan dia gi makan kfc, dalam perjalanan balik tu ternampak KTM. Pada mulanya, gurau nak naik ktm gi KL. Last-last, betul-betul punya sampai KL. Memang nekad betul, balik hari pulak tu. Sepatutnya, tak boleh buat macam tu sebab tak ajak kami. Next time, kena bawak Nazihah ye. Orait...Mana tau ke sarawak ke..Haha





SYAFIQAH          : Sapa tak kenal drama queen nii. Kak Ika ni memang sekepala dengan aku dan Aina. Lagi-lagi time klas Akhlak ngan BA. Memang tak kering gusi dibuatnya. Ada je lawak yang nak dibuat. Dia kata tak suka gambarnya disnap, tapi selalu jugak aku nampak dia selfie lepas tu tunjuk kat aku ngan Aina lepas tu tanya "Comel tak???" sambil senyum... Haha..nampak tak permainan dia. Memang  champion dia ni.





                                     
HIDAYAH          : Sapa tak kenal dia ni, mesti cakap dia ni garang. Sebab kalau dari gaya dia bercakap agak tegas. Tapi dia ni pun jenis masuk air jugak. Dulu aku takut nak tegur dia, tapi sekarang siap main kejar-kejar lagi keliling kolej. Eh taklah, keliling kampus. Eh!!! Bukan-bukan, Keliling dunia. Kahkah. 


HAZIRAH          : Last one ni, aku panggil dia k zira...not zirafah ehhh... Dia ni rakan exco khar. Selalu busy dengan aktiviti khar. Kadang tu aku kesian tengok dia penat je. Tapi takpelah, demi kolej yang tercinta kan. Dia ni rajin orangnya. Harap akak kuat untuk tempuh liku-liku kehidupan nii..(apa yang aku merepek ni)... Haha...chaiyok kak zira...


Last word guys .. mohon kita jangan lost contact . Jem mana pon henset korang , tolong la jangan left right grup lejen kita tu . Aku minta maaf kalau-kalau gurauan aku selama ni sakitkan hati korang . Aku sayang korang *jangan terharu sangat lah* haha . Aku sayang semuanya tentang kita ... pertemuan kita , perkenalan kita , keakraban kita . Moga Allah jaga ukhwah kita . Halahh aku tak pandai la nak sweet-sweet ni... hahaha . Aku doakan korang berjaya dunia akhirat , sentiasa di bawah penjagaan Allah dan sentiasa achieve apa yang korang impikan . Kalau korang nak kawen , bagitau awal-awal eh , aku cop dulu nak jadi bridemaid korang. Hahaha . Kalau aku yang kawin , tentu-tentulah aku undang korang , kalau tak siapa nak basuh periuk belanga yang banyak menimbun tu kan . Okeylah. aku rasa sampai sini je dulu. Mata dah ngantuk...Katil dah memanggil...Jumpa lagi...Assalamualaikum!!!









Saturday, 5 November 2016

Sebalik nama "IMTIYAZ"



 
     Pada permulaan kisah aku adalah aku dan mereka ialah mereka. Sebelum ini, kami tidak pernah saling mengenali tidak kisahlah melalui 'face to face' ataupun alam maya. Bermulanya langkah aku ke UPSI, aku perbaharui niat untuk meng'explore' pelbagai ilmu dan mncuba sesuatu yang baru yang dapat menjadikan aku seorang yang matang dalam berfikir.

     Sebenarnya aku seorang yang pemalu, Sangkaan aku bila masuk universiti mesti susah nak cari kawan. Yelah, trend sekarang kan kalau kawan biarlah sama taraf, yang tua dan muda tak boleh jadi kawan. Bak kata orang biar sama level. Tapi, semuanya silap. Kawan yang aku miliki sekarang, semua baik-baik belaka. Dioranglah yang mendorong aku untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan untuk masyarakat. Ecewah ayat. Ada yang datang dari Kedah, Johor dan lain-lain lagi. Dari Sabah Sarawak pun ada. Umur semua tak jauh beza pun. Start dari 19 hingga 25 tahun. Tak kenal maka tak tahu kan. Meh sini aku kenalkan sorang-sorang.



ARIF           : Haaaa,, dia ni seorang yang sangat rajin. Kalau ada event apa-apa mesti dia akan turun padang. Senang cite, dia mudah bagi kerjasama. Lepas tu, kalau korang pernah nak beli pisang kat tepi jalan tu, tetiba habis, dialah punca sebab dia ni suka makan pisang, Tapi jangan salah sangka pulak dia ni monyet. Haha. Satu bab dia yang menakutkan orang lain, dia ni suka bawa kereta laju-laju. Rasanya, orang yang luluskan lesen dia ni memang dah buat satu kesilapan yang besar sebab kalau dia bawa kereta macam dalam Go Kart.



SYAHMIL   : Hrmmmm... agak susah nak describe pasal dia sebab dia ni agak pendiam. Tapi, kalau anime dialah peminat setia. Kalau orang yang tak pernah sembang ngan dia mesti cakap yang dia ni suka menyendiri. Tapi tak sebenarnya, dia peramah dan baik. Kalau nak sembang ngan dia, kena sedialah mendongak sikit sebab dia ni tinggi galah.




IHSAN         : Haha...dia ni bukan sembarangan orang. Gayanya sahaja dah menunjukkan bakal pemimpin masa hadapan. Ala-ala YB gitu. Dia antara orang-orang besar kat UPSI, Exco YADIM tuuu. Jangan main-main. Dia pun antara peminat anime tegar. Kalau tanya dia, semua dia tahu. Gelaran dia Intan Payung. Alaaaa...yang macam dalam citer Upin Ipin tuuu. Kah kah.






ZUHAIRI    : Pada pandangan aku, dia ni seorang yang agak tegas tapi baik. Dia ni kecik je orangnya tapi bagaikan mutiara yang berkilau. Sangat suka bermadah dan memberi kata-kata nasihat. Tagline dia yang orang tak boleh lupakan 'sabar' dan 'tenang'. Sempoi je. Kalau PM ke-5 kita panggil Pak lah, dia ni kita panggil POKYI.




FAEZREE   : Kalau nak tau, dia berasal dari Papar, Sabah. Gaya tutur dia sangat unik sebab bunyi Sabah tetap ada. "Boleh bah kalau kau", "Kau fikir cincai". Haha...tu antara perkataan-perkataan dari Sabah. Dia ni seorang yang tegas dalam senyap. Sangat aktif bersukan. Sebab tu sado, Haha, Dengar cite dia minat main game Mario.



AZRUL      : Sapa tak kenal raja lawak dalam kelas. Suka buat something yang merapu. Setiap kali habis kelas, automatik tangannya akan capai mikrofon. Bila dah dapat, apalagi bermulalah persembahan lawak spontan solo dia, Dia ni sangat bagus. Setiap kali ada kelas yang cancel, dialah orang yang paling sedih. Ilmu dan Azrul memang tidak dapat dipisahkan. Dahlah pandai buat lawak, mahir beatbox lagi, Sekali dia beatbox, semua tercengang sebab memang gempak.




HAFIEZ      : Haaaaa,,,dia ni boleh jugak dikatakan pendiam. Tapi kalau dah bergabung ngan Azrul lain macam jugaklah. Dia ni suka senyum. Tu yang awet muda walaupun umur sebenar dalam 50-an camtu. Haha...gurau je ehh. Dia ni berasal dari Sarawak. Senegeri dengan Azrul. Tu yang masuk air bila mereka ni berjumpa. Dia ni kalau bab-bab selfie memang pandai buat memek muka. Kalau tak percaya, tengok tuuu.



FAKRUL    : Usahawan berjaya kat UPSI. Banyak dah job dia buat. Repair laptop orang. Servis dia memang tip top. Jual topup pun ada. Tapi keliru dia ni antara tauke ikan ke sayur sebab tiap kali apa-apa perjumpaan ke dia jarang lupa bawak beg perut dia tu. Pouch kalau tak silap. Haha. Lepas tu kalau korang rasa nak sembang ngan dia, kena selalu cakap 'izin laluan' untuk korang bercakap pulak, sebab dia ni kalau dah start bercakap payah jugaklah nak berhenti. Susah nak bagi peluang orang lain pulak yang bercakap. Hehe.



FAREEZIE : Dia ni seorang yang serba boleh. Cuba letak kat hutan ke atau pulau terpencil. Mesti boleh selamat punya. Jangan risau sebab dia ni boleh survive sendiri. Kalau nak tahu dia ni memang sporting habis, Konco-konco Azrul gak lah nih. Nampak pendiam tapi kalau dah sekali bersembang faham-fahamlah.



LUTFI        : Jeng jeng jeng. Huishhhh, dia ni bab-bab multimedia memang pakar. Video yang dia buat sebelum ni memang awesome. Sesiapa yang nak belajar buat video yang gempak bolehlah datang kat dia. Dia mesti bantu punya, Kalau nak tempah button pun boleh. Design dia memang lawa-lawa. Tapi satu je nak bagi pesanan, lepas ni tolonglah ingat UPSI ni. Panjangnya Sultan Idris bukan Sultan Iskandar ehhh. Ingat betul-betul. Haha. Boleh panggil dia OPIE bukannya kopi.
                    









     Haaaa, ni baru karakter yang lelaki. Dah macam-macam kan. Tapi satu je persamaan mereka minat pada bola. Kalau main PES tu jangan cakaplah. Belum lagi yang ladies. Hahaha. Tangan dah penat nihhh. Kita stop dulu ehhh...