Pada permulaan kisah aku adalah aku dan mereka ialah mereka. Sebelum ini, kami tidak pernah saling mengenali tidak kisahlah melalui 'face to face' ataupun alam maya. Bermulanya langkah aku ke UPSI, aku perbaharui niat untuk meng'explore' pelbagai ilmu dan mncuba sesuatu yang baru yang dapat menjadikan aku seorang yang matang dalam berfikir.
Sebenarnya aku seorang yang pemalu, Sangkaan aku bila masuk universiti mesti susah nak cari kawan. Yelah, trend sekarang kan kalau kawan biarlah sama taraf, yang tua dan muda tak boleh jadi kawan. Bak kata orang biar sama level. Tapi, semuanya silap. Kawan yang aku miliki sekarang, semua baik-baik belaka. Dioranglah yang mendorong aku untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan untuk masyarakat. Ecewah ayat. Ada yang datang dari Kedah, Johor dan lain-lain lagi. Dari Sabah Sarawak pun ada. Umur semua tak jauh beza pun. Start dari 19 hingga 25 tahun. Tak kenal maka tak tahu kan. Meh sini aku kenalkan sorang-sorang.
SYAHMIL : Hrmmmm... agak susah nak describe pasal dia sebab dia ni agak pendiam. Tapi, kalau anime dialah peminat setia. Kalau orang yang tak pernah sembang ngan dia mesti cakap yang dia ni suka menyendiri. Tapi tak sebenarnya, dia peramah dan baik. Kalau nak sembang ngan dia, kena sedialah mendongak sikit sebab dia ni tinggi galah.
AZRUL : Sapa tak kenal raja lawak dalam kelas. Suka buat something yang merapu. Setiap kali habis kelas, automatik tangannya akan capai mikrofon. Bila dah dapat, apalagi bermulalah persembahan lawak spontan solo dia, Dia ni sangat bagus. Setiap kali ada kelas yang cancel, dialah orang yang paling sedih. Ilmu dan Azrul memang tidak dapat dipisahkan. Dahlah pandai buat lawak, mahir beatbox lagi, Sekali dia beatbox, semua tercengang sebab memang gempak.
FAKRUL : Usahawan berjaya kat UPSI. Banyak dah job dia buat. Repair laptop orang. Servis dia memang tip top. Jual topup pun ada. Tapi keliru dia ni antara tauke ikan ke sayur sebab tiap kali apa-apa perjumpaan ke dia jarang lupa bawak beg perut dia tu. Pouch kalau tak silap. Haha. Lepas tu kalau korang rasa nak sembang ngan dia, kena selalu cakap 'izin laluan' untuk korang bercakap pulak, sebab dia ni kalau dah start bercakap payah jugaklah nak berhenti. Susah nak bagi peluang orang lain pulak yang bercakap. Hehe.
FAREEZIE : Dia ni seorang yang serba boleh. Cuba letak kat hutan ke atau pulau terpencil. Mesti boleh selamat punya. Jangan risau sebab dia ni boleh survive sendiri. Kalau nak tahu dia ni memang sporting habis, Konco-konco Azrul gak lah nih. Nampak pendiam tapi kalau dah sekali bersembang faham-fahamlah.
Haaaa, ni baru karakter yang lelaki. Dah macam-macam kan. Tapi satu je persamaan mereka minat pada bola. Kalau main PES tu jangan cakaplah. Belum lagi yang ladies. Hahaha. Tangan dah penat nihhh. Kita stop dulu ehhh...


��alhamdulillah. nice starting ziha. keep it up girl
ReplyDeleteterima kasih hanani Amnan...lps ni cerita pasal kita pulah ehhh...in shaa Allah
DeleteTahniah adik² Imtiyaz. Tak sabar utk ketemu dgn antum semua.
ReplyDelete#SeniorHamsya
terima kasih..semoga kami berjaya seperti kakak2 dan abg2 senior semua....
Delete